Sunday, July 8, 2018

Diary UiTM Puncak Alam III


Apa yang membuatkan aku terbuka hati nak update blog malam ni sebab terpandang dekat bookmark ada glitter graphic punya laman web. Lepastu teringat zaman memula aktif (aktif ke? ber-blogging. 😃😃😃 okeyy seronok. Lagipun internet dekat blok Rafflesia ni support + tak ramai student buat masa ni sebab kebanyakan student Diploma dan Degree ada yang dah balik sebab dah tamat final exam. Jadinyaaaa, tak ramai umat manusia kat kolej. :p *yeay . 


Last aku update blog , 22/6/2016. uiii, 2016 weh. Dah 2 tahun lebih aku tak update. tu pun last masa MOJ ( Minggu Orientasi Junior) kah ! Sekarang adik adik aku tu dah Semester 4. Serius aku rasa macam, YA ALLAH SEKEJAPNYA MASA BERJALAN. Budak-budak tu pun dah besaq. EH? :P Aku macam, eh? Bila masa korang naik sem ni? EH? Bila masa korang dah kena pergi praktikal kat HBUK? Sebab aku rasa macam batch aku baru je habis parktikal kat sana. EH? EH? Tiberrrrr. Maka bermulalah episod kakak rasa kakak makin berusia. 


Sekarang dah pertengahan tahun bagi tahun 2018. Bulan 7 already. Aku pun dah masuk Semester 6. I am at my FINAL SEMESTER !! Preceptorship pun aku dah tamatkan dengan jayanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dengan kengkawan yang lain. Tak lupa jugak kepada kawan kawan yang praktikal dekat CTC Sungai Buloh. Macam macam pengalaman kami dapat. Pahit manis ditelan begitu saja, mana yang baik kita ambil, mana yang tak baik kita tak payah ambil. :P mostly, pengalaman manis la yang kita kutip, belajar. terima kasih kepada staff nurse yang mengajar, mendidik kami. Terima Kasih jugak kepada patient yang bagi peluang kepada kami untuk belajar dan merawat anda. :)
 thank you!


Oh ya ! Masa praktikal kat luar ni lah yang ajar aku macam macam. more kepada berdikari lebih sikit daripada duduk dalam kolej, yang setiap hari praktikal bas hantaq pi balik pi balik. sampai kolej, tukar baju ,mandi, makan, tidur. kalau rajin, bangun buat revisoion (eh? buat tak? :p ). Balik praktikal (shift pagi) masak dengan kengkawan. Makan, rehat, ada task kalau Sister / LP (local preceptor) bagi, portfolio dan audit,pastu tidur. Esoknya, pergi praktikal drive kereta, kerja , balik, masak. Ha macamtu la kehidupan seharian. Kalau cuti , rehat la settle kerja rumah. basuh baju ka apa ka. :D Seronok weh dengan member member hidup serumah. Perangai memasing belajaq nak kena paham, semua tu lah. Sorang bawak tugas sebagai Mak (Seha) , dia la yang paling busy nak masak untuk anak - anak. :P Dayah as a Co-Chef (kehkeh). Bergilir jugak masak dengan member yang lain. Ada yang take part untuk basuh baju, sidai baju. gittew. 

Dekat Johan Setia tu jugakla kakak try hard nak betulkan cara memandu kereta manual.Last kakak bawak kereta manual masa test JPJ, tahun 2016 mungkin? KAH! Lepastu kereta auto Abah pun susah la nak pegang disebabkan ketidakpercayaan seorang Abah kepada Anak Perempuan yang sorang ni . :( dan kakak pun berhuhu lah ada lesen kereta tapi tak function. Jadinya, berterima kasih kepada owner kereta kancil, Eyba, sebab bagi peluang kat kakak drive kereta. Ulang alik kakak dengan Nabila drive ke hospital. so far feedback okelaa daripada shift mate walaupun memula semasing cuak kan HAHAHAHA. KK, CHILL GAIS XD. 


Agak-agak korang? Jalan sibuk Klang kakak dah redah, agaknya Abah bagi pelepasan tak ? NEXT POST ! (doakan rajin menaip).

Kakak dah nak habis belajar dah uols. Tunggu nak habiskan OSCE (objective structured clinical examination) yang akan berlaku pada 12/7/2018 , macam kita perform segala prosedur yang dipraktikkan dalam wad dekat dalam lab sambil dinilai oleh Lecturer. gittew. Untuk Semester 6 ni, kami ada 10 stesen yang menguji mental fizikal kesabaran dan sebagainya. Dan presentation audit (13/7/2018) . Ini yang paling seram bagi aku, Entah kenapa. Mungkin sebab kita kena bercakap depan dengan para lecturer kita. Semoga Allah lembutkan hati para lecturer kami, semoga jugak Allah mudahkan urusan kami, pelajar pelajar Diploma Kejururawatan yang dah akhir semester ni. AAMIIN !  wish us luck, readers!






8/7/18 @ 0317H 
yang benar , Dayah
Terima kasih daun keladi..like + komen la kalau sudi.. :D

Wednesday, June 22, 2016

Minggu Orientasi Junior (MOJ) Nursing


Selamat Malam. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak,. :)

Kali ni aku nak update pasal Minggu Orientasi Junior (MOJ) yang disertai pelajar Diploma Kejururawatan Semester Satu anjuran Nursing Student Association (NUSA).

MOJ merupakan satu acara atau 'tradisi' yang diadakan untuk menyambut para junior yang baru menempuh ke alam Universiti di samping merapatkan ukhuwah antara senior. :)

Satu pengalaman baru bagi aku dan kawan-kawan aku, pelajar Semester 3 yang ditugaskan sebagai AJK untuk mengendalikan program ini. Sebenaqnya, bukan kami 'pengendali utama' program ini, tetapi pelajar Semester 5. *kami masih belum mahir untuk handle program sendiri. Masih Belajar:) heeeee, 

Aku memegang jawatan sebagai AJK Kerohanian dan Kebajikan. hew ! Sebelum ni, aku tak pernah pegang jawatan kerohanian, jadi agak kelam kabut jugak nak cari teks/info berkaitan. So, bila dah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan ni, aku cuba sehabis baik dengan meminta tunjuk ajar daripada Akak Semester 5, yang juga memegang jawatan yang sama. :D 


Pelajar Semester 1 kali ni berjumlah 70 orang. 4 orang siswa, 66 orang siswi. *itu jumlah yang aku dapat tahu petang tadi bila kelas rep. bagitau ada sorang siswa masuk. huhu. 
Bolehlaa nak kata yang kali ni 'ramai' jugak siswa yang masuk Nursing. Alhamdulillah. Batch aku haritu , 3 orang siswa sahaja. Sekarang dah tinggal 2 orang. yang sorang lagi keluar atas sebab tertentu dan sambung belajaq kat UITM di Melaka.

Meh aku nak cerita apa yang berlansung sepanjang tiga hari program.

Jumaat, 17/6/2016, di Bilik NUSA.
- Pendaftaran  
- Sesi Perkenalan AJK kepada junior.
- Aktiviti Pembahagian Kumpulan dengan menyusun pu33le Tokoh Nursing.
- Proceed dengan mencari Fasilitator  berdasarkan klu yang diberi.
- Diteruskan dengan mencipta cheers kumpulan ! :D






Sabtu, 18/6/2016,

-Pendaftaran
- Teruskan dengan Morning Walk kat Tasik belakang FSK6. Sambil tu selfie , pastu join costest anjuran NUSA pastu hashtag #cap&capture #nusauitm #santaimoj
- lepastu  proceed dengan EXPLORACE . * gambaq kat insta. Taip @nusauitm. banyak aktiviti yang kitrang buat. sebab dalam bulan puasa , aktiviti tak berapa berat. hiks
*baling belon air
* Si buta mencari barang~
*n moreeeee~
- Solat berjemaah dan slot kerohanian. :) * msa ni aku taktau nak cakap apa sangat. hahah! tak konfiden sehh nak bercakap kat depan. tapi aku hadap gak dengan pertolongan kak Mira.
- diteruskan dengan ceramah daripada Alumni Nursing Uitm abg Aqasha. :) seronok dengar dia cerita pasal nursing. ^_^ harap adik-adik lebih semangat yer masa praktikal nanti.
- buka puasa + solat berjemaah.
- Persembahan adik-adik tentang inovasi produk hospital. 



Ahad, 19/6/2016 , Dewan Kuliah 1
- Pendaftaran
- Kedatangan Puan Norimah, Penasihat Nusa untuk merasmikan MOJ
- Penyampaian Hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam explorace, pemenang cap&capture, persembahan terbaik.
- Pertunjukan montaj sepanjang aktiviti yang telah berlangsung
- Program mentor mentee.:)
- Persembahan AJK.
-Bersurai


Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan . heee :) semoga kitorang lebih bersemangat dan bersedia

 untuk handle program even senior takdak. segala tunjuk ajar amat dihargai. :)


yang benar , Dayah
22/6/16
2.07am


Terima kasih daun keladi..like + komen la kalau sudi.. :D

Wednesday, January 6, 2016

Diary UiTM Puncak Alam II

okey. ni sambungan daripada post yang lepas. Kenapa ada kampus tetap dengan kampus yg kita kena pergi daftar. aku ingatkan lepas kami daftar, terus pergi ke Puncak Alam (kampus kita yang tetap). Rupanya tak. Kita kena join Minggu Destini Siswa yg mana lebih dikenali sebagai Minggu MDS selama seminggu and kitorang kena stay dekat Puncak Perdana. Mula mula tu agak kucar kacir jugak. Tapi maintain tenang la. :p

Dari Kedah , tumpang rumah maksu kat Sunway Alam Suria yg dekat sangat dgn kampus Puncak Perdana , so senang abah , mama nak hantar. Kalau tak silap aku, 1.6.2014 kot tarikh kejadian. Lepas daftar, dah angkat barang ke tingkat 4 -.-, penat angkut naik tangga. mujur adik adik aku ada ^^v . dah cek in bilik, kemas serba sikit. pasang cadar bagai, SIAP. and get ready laa utk berpisah ngn family, TT.TT . Sedih tapi chill saja, B-) HAHA. cehhhhh ! Haa lagi satu, jangan risau if barang korang banyak. In Sha Allah, ada porter yg akan tolong. :)

Seminggu MDS,banyak yg kita belajaq. hewhew. bagi aku la kan, kita belajar cara nak disiplinkan diri , nak kenal kawan baru, camna nak bawak diri bila kita jauh dengan family, pemilihan kawan,.ha gituu. ada yang kata , MDS ni xbestlaa apa laa, aku rasa, kita kena enjoy ja sebab seminggu ja kot. waktu tu laa korang nak dapatkan signature pegawai (*igt2 lupa) , nak buat kad matrik, =) . bagi segala borang yg dia minta, semua lahh . DAN, yg kadang buat hang rasa cemuih (jemu) tu, sebab kena dengar banyak ceramah pasal uitm, pasal ptptn, pasal student portal bagai. :) Tapi jangan risau , sebab emcee akan main peranan utk ceriakan kita balik. dorang ajar banyak game. contoh: Break Clap, Chick Cheep.. dll. ^^
haaa, after buat Kad Matrik. Dan get ready utk dengar Amanat Naib Canselor dkt UITM PUNCAK ALAM.

Malam last MDS best, sebab ada Malam Kebudayaan. Masa MDS aku tu, banyak kos yang terlibat, under FSK (Fakulti Sains Kesihatan) , Sport Rec, FiTA, banyak lagi la. Malam tu jugak kita dpt tengok talent bebudak FiTA and banyak kos lain. Berlakon, Menyanyi segala bagai, BEST !
lakon balik watak AJK MDS, memang terbaik ~

habis MDS, kami dihantar ke UITM PUNCAK ALAM. dengan menaiki bas. Barang kita yg byk2 tu, lori yang tolong bawa, sampai Palam nt, kita daftar untuk rumah, and angkat la barang. Untung jugak aku sebab dapat roomate yang sama kat Puncak Perdana, Alhamdulillah. Btw, kat sini aku gerak sensorang sebab kawan sekolah aku sorang pun aku tak jumpa kt sini. Diorang dapat tempat belajar kt tempat yg berbeda daripada aku, Sedih tapi Alhamdulillah, kawan kawan aku kat sini dah jadi kawan baik aku, Makan berkongsi, gelak sesama, nangis sesama. hihiks. semua kos nursing . serumah sem 1 haritu. Sem 2 dah terpisah . :( tapi kitorang still baik. huhu




Nak cerita yang tu je lah kot. Tapi , jgn risau if korang rasa mcm down ke apa ke, in sha Allah, ada yg tolong. Rajin-rajinkan diri bercakap dengan senior, :) aku dulu pun slow jugak, Kalau aku sendiri tak take action nak kenal senior, ringan mulut untuk bertanya, mintak nota , soalan past year kat senior, susah jugak. Terkontang kanting kau kat situ, :)

Senior serumah. haaa, gila gila semua. :*
*********************************************************************************
bestie since form 3. ada lg yg xda dlm gambaq ni. :) memasing study.
alhamdulillah.

dari kiri,
Aku : UiTM PUNCAK ALAM, (nursing)
Anna : Politeknik Sultanah Bahiyah (Mechanical Engineering)
Ely & Eiyra:UiTM RAUB (Pentadbiran Awam)
DeqTy : Politeknik Sultanah Bahiyah (Akauntasi)


yang benar , Dayah


Terima kasih daun keladi..like + komen la kalau sudi.. :D

Wednesday, August 12, 2015

Diary UiTM Puncak Alam

Nama diberi Fatin Nurhidayah binti Saaidi. Berumur 18 tahun. Berasal dari negeri Kedah.
haaa, tu laa mukadimah , ayat ,yang selalu aku sebut ketika memperkenalkan diri kepada rakan rakan seperjuangan sekalian di Universiti.
lepas dapat result SPM haritu, tak lama lepas tu aku dapat tawaran sambung belajar kt UiTM PUNCAK ALAM, SELANGOR. 
Masa mula mula tu tak cek UPU pun, sebab internet loading lambat, so aku pun bercadang nak hantaq SMS ja untuk tahu keputusan kita dapat sambung Universiti mana dan dalam kos apa. hiks. :)
kawan kawan aku yang lain semua sibuk bagitau yang depa dapat UiTM dalam jurusan yg tak sure jurusan apa sebab diorang hantaq kod jurusan ja. ( sebab malas nk tunggu loading kt pc, kami guna SMS je) . Jadi, hati nih meronta ronta nak hantaq SMS, dengan semangat mencuba, Alhamdulillah, aku dapat UiTM, tak ingat pulak kod dia. 
Berdasarkan kod yang aku dapat, aku cek balik kat Selangkah ke UiTM  ( laman web yang tapis result kita utk masuk UITM mengikut jurusan yang sesuai dengan result) yg aku dah screen shot. cari punya cari, kos yang aku dapat adalah DIPLOMA KEJURURAWATAN. Kod yg sebenarnya ialah HS110. Alhamdulillah . Kau tahu tak waktu tu, betapa bersyukur nyaa mama ngn abah. Mama sampai peluk peluk aku, Ya Allah, aku taktau apa yang aku rasa waktu tu, mama abah seronok sangat. Aku lagi laa seronok sebab Dip. Nursing ni aku letak pilihan paling atas. entah kenapa. aku tekad. :P 
Lepas dah dapat tahu aku dapat kos nursing, aku pun print laa segala bagai borang, surat tawaran, buku panduan semua. Dan bila tengok surat tawaran tu, aku punya kampus ada dua. Satu kat UiTM Puncak Perdana, satu lagi kat UiTM Puncak Alam yg di label sebagai kampus tetap. Iols pun tertanya tanya. Kenapa begitu?  takkan nak berpindah randah bagai? pasaipa lagutu> pasaipa laguni>? haaaa,
jeng..jeng..jeng.. *sambung nanti, esok ada kelas, ada kawad*

my love 
yang benar , Dayah
Terima kasih daun keladi..like + komen la kalau sudi.. :D