Monday, January 26, 2015

After School.

 

Sekian lama aku tak hadap lappy kesayangan. Asyik adik2 ja yang guna utk main game bagai. hihi. Baru dapat  peluang nak menaip  laju laju nih haa..


Dah masuk tahun 2015 kan. Januari sudah,, Lagi berapa hari nak masuk bulan Februari. Sekejap ja rasa.

Rasa macam baru ja aku habis SPM dan terus masuk KERJA. Tahu-tahu ja dah masuk sebulan lebih aku keja. ALLAH. Sekejap sangat. T.T

Yeah, habis SPM aku terus masuk kerja kat tempat abah. Mula-mula rasa tersangat pelik dan tak biasa. Staff kat dalam tu pun aku tak kenal. Masa mula-mula masuk keja dah kena jaga kat tempat cashier. haha! gila engko mula2 ah jaga kat tempat cashier..Nasib baik akak-akak senior yang awesome membantu. diorang tak marah-marah. Cool jea. Masa hari pertama , kedua tuu, banyak juga aku short. kalau tak rm50++ tu bukan dia lah. hehe.

Sekarang dah sebulan lebih kerja. aku dapat merasakan yg aku ada peningkatan. *ayat -.-* daripada tak tahu apa-apa dan aku belajar macam mana susah abah dengan mama nak cari duit. Hengat senang ke? naa.. sekarang hang rasa sendiri. semua benda yang hang nak hang boleh beli. tak harapkan mama abah dah. banyak sangat wishlist aku nih. hihi. semua nakk!

-skirt satin , dress, handphone baru, tudung satin, shawl, baju baru, aksesori. see? punggahh !

Apa yang membuatkan aku seronok bila dah lama keja situ, aku dapat kenal macam macam ragam pelanggan. Ada yang peramah, ada yang tak sabar , macam-macam lagi lah.

Aku belajaq gak macamna nak kawal emosi. even pelanggan ramai sekalipun, CALM DOWN. Walaupun tengah calm down, bila mai tang panik dia. Tangan akan mula sejuk pastu terketaq-ketaq. Kad yang aku pegang pun boleh terpelanting. haha. Itulah penangan pelanggan ramai. Mata tak tengok dah, tunduk ja yang mampu.

Staff kat sini semua happening. sangat seronok . Kalau melawak tu kadang sampai tak hengat. Engko gelak la kuat-kuat, pedulik hape. haha. -..-

Yang jenis kuat mengusik, kuat gelak, segala-galanya kuat lahh. haha.
Tadi kan momen yang tak boleh aku lupa lahh.
Pakcik Lan acah-acah nak amek belalang, Kak Aton (akak senior) aku nih penakut. Aku pun apa kurangnya. Dia punya lari mai kat aku then tarik aku sampai aku dengan dia terlentang ke belakang. Nsib baik lantai baru lepas mop. Nasib baik waktu tu tak ada customer. Nasib baik takdak sakit kat mana-mana. *banyak naw nasib baik dengan tidak semena-semena ketawa meletus antara aku, Ibu, dan kak Aton.. riuh satu kedai. hihi .


Ada jugak yang tanya, tak teringin nak sambung belajar ke? Taknak masuk Universiti?
Allah, siapa tak teringin nak sambung belajar, masuk Universiti semua tu. hihi

Ada jugak yang dengar, orang kata laa..

"Nanti bila dah kerja, mesti taknak belajar dah sebab seronok pegang duit."
Hmm, betul ke?

Tapi takpa. ada rezeki + result aku elok. Aku nak sambung belajar. Member aku pun ramai gak yang dah kerja. Semua pasang impian nak masuk Politeknik, Universiti. Pin UPU tak beli lagi. Cikgu kata better beli lepas dapat result. hmm. :D

Tidak mengapalah, doakan yang baik-baik saja. Aku harap kita semua Batch 97 berjaya dunia dan akhirat. Tak lupa jugak kat semua cikgu-cikgu yang banyak ajar kami. :) tanpa ilmu yang diberikan, siapalah kami. Terima Kasih.
budak ICT. girl girl girl girl. hihi

saranghaeyo, :)
kengkawan daripadan kelas 5 INTAN dan 5 SAINS. 

bestie aye. Zaty. :*
Selamat Malam . 11.08pm.

Yang benar ,Dayah :)
Terima kasih daun keladi..like + komen la kalau sudi.. :D

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
-komen di sini ye!
-thanxx sebab sudi conteng-conteng kat sini !
- ^_^