Wednesday, August 12, 2015

Fairytale in UiTM Puncak Alam .


Nama diberi Fatin Nurhidayah binti Saaidi. Berumur 18 tahun. Berasal dari negeri Kedah.

haaa, tu laa mukadimah , ayat ,yang selalu aku sebut ketika memperkenalkan diri kepada rakan rakan seperjuangan sekalian di Universiti.

lepas dapat result SPM haritu, tak lama lepas tu aku dapat tawaran sambung belajar kt UiTM PUNCAK ALAM, SELANGOR. 

Masa mula mula tu tak cek UPU pun, sebab internet loading lambat, so aku pun bercadang nak hantaq SMS ja untuk tahu keputusan kita dapat sambung Universiti mana dan dalam kos apa. hiks. :)

kawan kawan aku yang lain semua sibuk bagitau yang depa dapat UiTM dalam jurusan yg tak sure jurusan apa sebab diorang hantaq kod jurusan ja. ( sebab malas nk tunggu loading kt pc, kami guna SMS je) . Jadi, hati nih meronta ronta nak hantaq SMS, dengan semangat mencuba, Alhamdulillah, aku dapat UiTM, tak ingat pulak kod dia. 

Berdasarkan kod yang aku dapat, aku cek balik kat Selangkah ke UiTM  ( laman web yang tapis result kita utk masuk UITM mengikut jurusan yang sesuai dengan result) yg aku dah screen shot. cari punya cari, kos yang aku dapat adalah DIPLOMA KEJURURAWATAN. Kod yg sebenarnya ialah HS110. Alhamdulillah . Kau tahu tak waktu tu, betapa bersyukur nyaa mama ngn abah. Mama sampai peluk peluk aku, Ya Allah, aku taktau apa yang aku rasa waktu tu, mama abah seronok sangat. Aku lagi laa seronok sebab Dip. Nursing ni aku letak pilihan paling atas. entah kenapa. aku tekad. :P 

Lepas dah dapat tahu aku dapat kos nursing, aku pun print laa segala bagai borang, surat tawaran, buku panduan semua. Dan bila tengok surat tawaran tu, aku punya kampus ada dua. Satu kat UiTM Puncak Perdana, satu lagi kat UiTM Puncak Alam yg di label sebagai kampus tetap. Iols pun tertanya tanya. Kenapa begitu?  takkan nak berpindah randah bagai? pasaipa lagutu> pasaipa laguni>? haaaa,

jeng..jeng..jeng.. *sambung nanti, esok ada kelas, ada kawad*

my love 




yang benar , Dayah
Terima kasih daun keladi..like + komen la kalau sudi.. :D

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
-komen di sini ye!
-thanxx sebab sudi conteng-conteng kat sini !
- ^_^