Wednesday, January 6, 2016

Fairytale in UiTM Puncak Alam II

okey. ni sambungan daripada post yang lepas. Kenapa ada kampus tetap dengan kampus yg kita kena pergi daftar. aku ingatkan lepas kami daftar, terus pergi ke Puncak Alam (kampus kita yang tetap). Rupanya tak. Kita kena join Minggu Destini Siswa yg mana lebih dikenali sebagai Minggu MDS selama seminggu and kitorang kena stay dekat Puncak Perdana. Mula mula tu agak kucar kacir jugak. Tapi maintain tenang la. :p

Dari Kedah , tumpang rumah maksu kat Sunway Alam Suria yg dekat sangat dgn kampus Puncak Perdana , so senang abah , mama nak hantar. Kalau tak silap aku, 1.6.2014 kot tarikh kejadian. Lepas daftar, dah angkat barang ke tingkat 4 -.-, penat angkut naik tangga. mujur adik adik aku ada ^^v . dah cek in bilik, kemas serba sikit. pasang cadar bagai, SIAP. and get ready laa utk berpisah ngn family, TT.TT . Sedih tapi chill saja, B-) HAHA. cehhhhh ! Haa lagi satu, jangan risau if barang korang banyak. In Sha Allah, ada porter yg akan tolong. :)

Seminggu MDS,banyak yg kita belajaq. hewhew. bagi aku la kan, kita belajar cara nak disiplinkan diri , nak kenal kawan baru, camna nak bawak diri bila kita jauh dengan family, pemilihan kawan,.ha gituu. ada yang kata , MDS ni xbestlaa apa laa, aku rasa, kita kena enjoy ja sebab seminggu ja kot. waktu tu laa korang nak dapatkan signature pegawai (*igt2 lupa) , nak buat kad matrik, =) . bagi segala borang yg dia minta, semua lahh . DAN, yg kadang buat hang rasa cemuih (jemu) tu, sebab kena dengar banyak ceramah pasal uitm, pasal ptptn, pasal student portal bagai. :) Tapi jangan risau , sebab emcee akan main peranan utk ceriakan kita balik. dorang ajar banyak game. contoh: Break Clap, Chick Cheep.. dll. ^^
haaa, after buat Kad Matrik. Dan get ready utk dengar Amanat Naib Canselor dkt UITM PUNCAK ALAM.

Malam last MDS best, sebab ada Malam Kebudayaan. Masa MDS aku tu, banyak kos yang terlibat, under FSK (Fakulti Sains Kesihatan) , Sport Rec, FiTA, banyak lagi la. Malam tu jugak kita dpt tengok talent bebudak FiTA and banyak kos lain. Berlakon, Menyanyi segala bagai, BEST !
lakon balik watak AJK MDS, memang terbaik ~

habis MDS, kami dihantar ke UITM PUNCAK ALAM. dengan menaiki bas. Barang kita yg byk2 tu, lori yang tolong bawa, sampai Palam nt, kita daftar untuk rumah, and angkat la barang. Untung jugak aku sebab dapat roomate yang sama kat Puncak Perdana, Alhamdulillah. Btw, kat sini aku gerak sensorang sebab kawan sekolah aku sorang pun aku tak jumpa kt sini. Diorang dapat tempat belajar kt tempat yg berbeda daripada aku, Sedih tapi Alhamdulillah, kawan kawan aku kat sini dah jadi kawan baik aku, Makan berkongsi, gelak sesama, nangis sesama. hihiks. semua kos nursing . serumah sem 1 haritu. Sem 2 dah terpisah . :( tapi kitorang still baik. huhu




Nak cerita yang tu je lah kot. Tapi , jgn risau if korang rasa mcm down ke apa ke, in sha Allah, ada yg tolong. Rajin-rajinkan diri bercakap dengan senior, :) aku dulu pun slow jugak, Kalau aku sendiri tak take action nak kenal senior, ringan mulut untuk bertanya, mintak nota , soalan past year kat senior, susah jugak. Terkontang kanting kau kat situ, :)

Senior serumah. haaa, gila gila semua. :*
*********************************************************************************
bestie since form 3. ada lg yg xda dlm gambaq ni. :) memasing study.
alhamdulillah.

dari kiri,
Aku : UiTM PUNCAK ALAM, (nursing)
Anna : Politeknik Sultanah Bahiyah (Mechanical Engineering)
Ely & Eiyra:UiTM RAUB (Pentadbiran Awam)
DeqTy : Politeknik Sultanah Bahiyah (Akauntasi)


yang benar , Dayah


Terima kasih daun keladi..like + komen la kalau sudi.. :D

2 comments:

  1. Seronok belajar puncak alam. Tapi dah nak habis, sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Cik Halim.. kami junior2 ni gonna miss u ! jaga diri kat luaq sana ! :)

      Delete

assalamualaikum..
-komen di sini ye!
-thanxx sebab sudi conteng-conteng kat sini !
- ^_^