Wednesday, June 22, 2016

Minggu Orientasi Junior (MOJ) Nursing


Selamat Malam. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak,. :)

Kali ni aku nak update pasal Minggu Orientasi Junior (MOJ) yang disertai pelajar Diploma Kejururawatan Semester Satu anjuran Nursing Student Association (NUSA).

MOJ merupakan satu acara atau 'tradisi' yang diadakan untuk menyambut para junior yang baru menempuh ke alam Universiti di samping merapatkan ukhuwah antara senior. :)

Satu pengalaman baru bagi aku dan kawan-kawan aku, pelajar Semester 3 yang ditugaskan sebagai AJK untuk mengendalikan program ini. Sebenaqnya, bukan kami 'pengendali utama' program ini, tetapi pelajar Semester 5. *kami masih belum mahir untuk handle program sendiri. Masih Belajar:) heeeee, 

Aku memegang jawatan sebagai AJK Kerohanian dan Kebajikan. hew ! Sebelum ni, aku tak pernah pegang jawatan kerohanian, jadi agak kelam kabut jugak nak cari teks/info berkaitan. So, bila dah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan ni, aku cuba sehabis baik dengan meminta tunjuk ajar daripada Akak Semester 5, yang juga memegang jawatan yang sama. :D 


Pelajar Semester 1 kali ni berjumlah 70 orang. 4 orang siswa, 66 orang siswi. *itu jumlah yang aku dapat tahu petang tadi bila kelas rep. bagitau ada sorang siswa masuk. huhu. 
Bolehlaa nak kata yang kali ni 'ramai' jugak siswa yang masuk Nursing. Alhamdulillah. Batch aku haritu , 3 orang siswa sahaja. Sekarang dah tinggal 2 orang. yang sorang lagi keluar atas sebab tertentu dan sambung belajaq kat UITM di Melaka.

Meh aku nak cerita apa yang berlansung sepanjang tiga hari program.

Jumaat, 17/6/2016, di Bilik NUSA.
- Pendaftaran  
- Sesi Perkenalan AJK kepada junior.
- Aktiviti Pembahagian Kumpulan dengan menyusun pu33le Tokoh Nursing.
- Proceed dengan mencari Fasilitator  berdasarkan klu yang diberi.
- Diteruskan dengan mencipta cheers kumpulan ! :D






Sabtu, 18/6/2016,

-Pendaftaran
- Teruskan dengan Morning Walk kat Tasik belakang FSK6. Sambil tu selfie , pastu join costest anjuran NUSA pastu hashtag #cap&capture #nusauitm #santaimoj
- lepastu  proceed dengan EXPLORACE . * gambaq kat insta. Taip @nusauitm. banyak aktiviti yang kitrang buat. sebab dalam bulan puasa , aktiviti tak berapa berat. hiks
*baling belon air
* Si buta mencari barang~
*n moreeeee~
- Solat berjemaah dan slot kerohanian. :) * msa ni aku taktau nak cakap apa sangat. hahah! tak konfiden sehh nak bercakap kat depan. tapi aku hadap gak dengan pertolongan kak Mira.
- diteruskan dengan ceramah daripada Alumni Nursing Uitm abg Aqasha. :) seronok dengar dia cerita pasal nursing. ^_^ harap adik-adik lebih semangat yer masa praktikal nanti.
- buka puasa + solat berjemaah.
- Persembahan adik-adik tentang inovasi produk hospital. 



Ahad, 19/6/2016 , Dewan Kuliah 1
- Pendaftaran
- Kedatangan Puan Norimah, Penasihat Nusa untuk merasmikan MOJ
- Penyampaian Hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam explorace, pemenang cap&capture, persembahan terbaik.
- Pertunjukan montaj sepanjang aktiviti yang telah berlangsung
- Program mentor mentee.:)
- Persembahan AJK.
-Bersurai


Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan . heee :) semoga kitorang lebih bersemangat dan bersedia

 untuk handle program even senior takdak. segala tunjuk ajar amat dihargai. :)


yang benar , Dayah
22/6/16
2.07am


Terima kasih daun keladi..like + komen la kalau sudi.. :D

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
-komen di sini ye!
-thanxx sebab sudi conteng-conteng kat sini !
- ^_^